Pages

Wednesday 1 October 2014

PENGENALAN

Nasionalisme pada umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada cengkaman dan kongkongan pemerintah dan kuasa asing. Intipati utama nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan bangsa. Dengan itu, nasionalisme bergerak ke arah pembentukan satu identity bangsa yang berbudaya tinggi.

Semangat Naionalisme ialah penentangan masyarakat tempatan bertujuan untuk membebaskan negara daripada penguasaan penjajah. Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa saja bentuk penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Di Malaysia, penentangan terhadap British bermula sejak abad ke-19 dijalankan oleh pemimipin dan rakyat tempatan. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh telah bermula pada awal abad ke-20.

.Pengenalan Sistem politik Barat dan memusnahkan sistem politik tempatan







 British meletakkan seorang Residen
• Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
• Pembesar diberikan pencen
• Pembesar digantikan dengan oleh pegawai British
• Kesannya perubahan ini menjatuhkan maruah orang tempatan /mencabar sistem tempatan/amalan tradisi
• Keadaan ini telah membangkitkan kebencian penduduk terhadap British

Perkembangan sistem pendidikan

• Melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsa
• Menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British
• Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu
• Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan

Dasar British dalam sistem pentadbiran

• Menggalakkan sesiapa sahaja datang ke Tanah Melayu
• Untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu
• Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini
• Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu
• Ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan
• Orang asing menguasai bidang perlombongan, perladangan getah dan perniagaan.
• Orang Melayu kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British
• British membuka bandar baru sebagai pusat pentadbiran
• Orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan
• Kemajuan ekonomi seperti perniagaan/prasarana / elektrik / perkhidmatan pos/telefon/sekolah/hospital
• Telah meningkatkan taraf hidup di bandar
• Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran lain di bandar
• Dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu
• Golongan intelek Melayu menjadikannya sebagai isu gerakan nasionalisme

Pendudukan Jepun menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme

 konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara negara Asia
• Untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan dalam kalangan negara tersebut
• Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama/berjanji untuk memerdekakan Tanah Melayu
• Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan/ubat-ubatan /kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan oleh kuasa Barat atau Timur
• Semua penjajah tetap zalim/menekan kehidupan orang tempatan
• Kesannya, apabila British memperkenalkan Malayan Union tahun 1946, orang Melayu menentang
• Mereka tidak mahu dijajah oleh sesiapa pun

Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari tahun 1945 membangkitkan semangat menentang penjajah








• PKM menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam
• Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap penyokong Jepun
• Gerakan ini mencetuskan konflik perkauman
• Banyak orang Melayu terbunuh/rumah dibakar oleh anggota PKM
• Dibalas oleh orang Melayu di Perak/Johor Sembilan/Pahang

KEMUNCULAN MESIN CETAK

• Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan
• Mendorong kepada penentangan terhadap British
• Melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain, idea menentang penjajah dapat disebarkan
Gerakan Pan-Islamisme Sedunia memberi kesan terhadap kesedaran semangat kebangsaan:
• Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam
• Bertujuan untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam
• Gerakan reformis oleh Syed Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir telah tersebar luas
• Dalam tulisannya, beliau memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat
• Islam juga mendorong umatnya menuju kejayaan
• Tulisannya disebarkan dalam majalah al-Manar
• Gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama